Dah banyak kali jugak aku bermimpi. Pelik sekali. Lebih kepada yang mengusik jiwa pasa bermimpi HANTU!!! mainan syaitan semuanya ni tetapi kadangkala ianya seolah realiti kerana aku dapat melihat keadaan sekeliling rumah atau bilik aku. pernah sekali aku bermimpi ketika aku tidur hampir dengan tingkap, aku bermimpi seolah ada sesuatu dan dengan jelas kelihatan tangan seolah mahu menarik aku dari luar tingkap, ianya berulang dua kali ketika aku tidur keadaan yang sama tetapi berbeza lokasi, bezanya kali ke-2 aku bermimpi siap dengan hilaian tawa.
Yang terbaru adalah malam semalam, aku tidak dapat tidur, bila aku berjaya terlelap aku bermimpi seolah realiti dalam bilik aku bermacam perkara mengarut, aku terlalu takut dalam mimpi lalu memanggil isteriku dengan kuat, namun sia-sia... ianya seolah mimpi dalam mimpi kerana aku terjaga dari mimpi dan memasuki mimpi yang lain berulang banyak kali sehingga aku benar-benar terjaga.
Sememangnya godaan syaitan memang bermacam-macam untuk menjatuhkan iman kita. Rahsia disebalik mimpi, apakah ada tafsiran atau ianya hanya imej hasil dari kehidupan kita seharian. Hanya Allah yang tau.
0 comments:
Post a Comment