Monday, 6 June 2011

Memory Remains...


02 June 2011 telah berlalu, bermakna 6 tahun telah berlalu sejak pemergian ayahanda aku. Seperti baru lagi aku melihat ayah aku terbaring di dalam bilik kerana tidak sihat. Aku redha, namun kadangkala kerinduan tetap ada. Kalaulah dia masih ada dapatlah dia bermain dengan anak kesayangan aku, pasti lucu melihat ayahanda aku melayan perangai anak aku yang yang tidak putus-putus dengan perangainya. Masih teringat kenangan paling lucu bersama arawah ketika aku masih di tingkatan 2 dulu ketika dia dayang menjemput aku pulang dari sekolah dengan motorsikalnya yang kini sudah menjadi lagenda iaitu Honda C70, ketika itu aku melompat naik ke atas motorsikal dan duduk dengan diam. Arwah dengan tabiatnya yang tidak menukar 'gear' dua ke satu cuba naik ke atas jalan yang ketika itu tinggi sikit dari bahu jalan, aku pun turun kerana melihat keadaan yang payah itu lalu menolak motorsikal lalu ayah aku berjaya dan tidak disangka terus dia meluru pergi meninggalkan aku yang memanggil-manggil dari belakang. Namun arwah barangkali tidak mendengar aku. Aku kemudiannya duduk menunggu dengan harapan dia kembali setelah menyedari aku tiada dibelakangnya. Setelah hampir 15 minit berlalu, aku pun menlefon rumah memberitahu ibuku akan perkara itu. Terkejut ibu aku mendengarnya. Aku kemudiannya membeli air soya tauhu dari brader yang menjual di hadapan sekolah aku sambil menunggu ayah aku. Sejam berlalu barulah ayah aku datang semula sambil tergelak, rupa-rupanya ayah aku sudah sampai ke rumah kerana menyangkakan aku ada di belakangnya kerana sepanjang perjalanan pulang dia berbual dengan aku. Kenangan ini memang membuat aku dan ibu aku tergelak jika mengenangnya kembali. Namun kengan hanya tinggal kenangan, satu doaku kepada Allah, mohon diberi perlindungan dan rahmat kepada arwah dengan menempatkannya dikalangan orang beriman. Amin.

0 comments:

Post a Comment

Fren's Blog

 
;