![]() |
Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia a.k.a Harimau Muda. |
Sebentar tadi baru aje tamat game Malaysia vs Bahrain dengan result yang menyedihkan dimana Malaysia ditewaskan dengan gol dalam masa 6 minit ketika sedang mendahului 2-0. Namun inilah bolasepak sekali alpa pasti kita terkena.
Masih berlegar di ingatan ketika Malaysia bermain di Sukan Sea, setiap perlawanan adalah merupakan penantian kerana kumpulan A adalah merupakan kumpulan 'maut' kerana pasukan yang berada di dalam kumpulan tersebut boleh dikatakan diantara pasukan terkuat di asia. Namun yang paling diingati adalah ketika menentang Indonesia. Ketika maruah negara dipermainkan oleh bangsa Indonesia, pasukan harimau muda telah menewaskan Indonesia dengan penuh semangat walau penuh dengan provokasi. Semoga pasukan negara akan terus maju ke hadapan. (Nazmi jersi no. 12 pemain yang masih boleh melangkah lagi jauh).