Setiap hari jumaat, Dato' KP Pahang memberi kelonggaran kepada Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang umtuk acara riadah. Diantara acara yang diadalan ialah larian sejauh 2.4km dengan mencatat masa dan juga mendaki Bukit Pelindung.
Jam menunjukkan 3 petang, aku yang turut serta mengikut jurulatih untuk memanaskan badan. 15 minit kemudian aku dan peserta mula mendaki jalan untuk naik ke atas bukit. Ini adalah kali pertama aku mendaki Bukit Pelindung yang jalannya amat curam. Kalau 6 atau 7 tahun lepas aku selalu mendaki Bukit Besar di Terengganu tapi kali ni, stamina dah kurang... letih sehh...
 |
nasib bawak henset leh gak amik gambar he3 |
 |
Geng-geng yang asyik berlumba sesama sendiri. |
 |
Kena tinggal. |
 |
Graffitti? |
 |
Di sebalik bukit, Pantai Teluk Cempedak. |
Aku mengambil masa kurang dari 45 minit dan di antara yang terawal berjaya turun dari bukit yang mana berakhir di Pantai Teluk Cempedak yang kemudiannya meneruskan larian sejauh 3 km ke tempat berkumpul kerana pengangkutan yang sepatutnya disediakan lambat sampai. Hadiah kerana berjaya melakukannya adalah rasa letih giler tetapi sihat yeahhhh....
0 comments:
Post a Comment