KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa. Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan. Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat. Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru. Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin. Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
Pada 13 April, 2011, PDRM dengan kerjasama Kuantan Specialist Hospital dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah mengadakan kempen derma darah sempena Hari Polis Ke 204 tahun di Kuantan Parade dan telah mendapat sambutan yang baik dari pengunjung dan juga dari warga PDRM sendiri. Pada hari yang sama juga Hari Pencegahan Jenayah juga telah diadakan dengan kerjasama dari pihak DiC (Drug Intervention Centre) yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya aktiviti dadah dan juga memberi info terkini berkait kegiatan jenayah. Kempen ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Pahang.
2 comments:
Seumur hidup sy,xpernah derma darah.Dulu try gak nak derma darah, tp doktor ckp berat xcukup hehehehe. Eh, ko derma tak?
ye ke zira, nmpok gaya kena tambah brat a tu, derma ke x? hahah ni br kali ke 3, dulu de dua kali cb drma tp de mslh ksihatn skit jd thun ni br bjaya smla....
Post a Comment