Saturday, 23 April 2011 0 comments

Bukit Pelindung, Kuantan.



Setiap hari jumaat, Dato' KP Pahang memberi kelonggaran kepada Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang umtuk acara riadah. Diantara acara yang diadalan ialah larian sejauh 2.4km dengan mencatat masa dan juga mendaki Bukit Pelindung.

Jam menunjukkan 3 petang, aku yang turut serta mengikut jurulatih untuk memanaskan badan. 15 minit kemudian aku dan peserta mula mendaki jalan untuk naik ke atas bukit. Ini adalah kali pertama aku mendaki Bukit Pelindung yang jalannya amat curam. Kalau 6 atau 7 tahun lepas aku selalu mendaki Bukit Besar di Terengganu tapi kali ni, stamina dah kurang... letih sehh...


nasib bawak henset leh gak amik gambar he3
Geng-geng yang asyik berlumba sesama sendiri.
Kena tinggal.
Graffitti?

Di sebalik bukit, Pantai Teluk Cempedak.
 
 Aku mengambil masa kurang dari 45 minit dan di antara yang terawal berjaya turun dari bukit yang mana berakhir di Pantai Teluk Cempedak yang kemudiannya meneruskan larian sejauh 3 km ke tempat berkumpul kerana pengangkutan yang sepatutnya disediakan lambat sampai. Hadiah kerana berjaya melakukannya adalah rasa letih giler tetapi sihat yeahhhh....
Wednesday, 20 April 2011 2 comments

Awan Dania.


Awan Dania, tapi bukan drama tv yang ditayangkan di ASTRO setiap malam isnin tu, tapi awan dania atau Nur Dania Raihanna yakni anak sulung aku yang begitu mudah berubah dari cerah ke mendung lalu hujan. Hati dan perasaan Dana yang mudah tersinggung akhir-akhir ni memeningkan kepala aku dan isteri kerana pantang ditegur atau apa-apa perbuatan pasti anakanda merajuk. Mungkin betul cakap orang, budak-budak boleh merasa kedatangan adik barunya yang bakal lahir pada september ini. Insyaallah, semoga anak-anakku ini selamat di dunia dan akhirat kelak dengan rahmat-Nya.

note: budak ini bakal sambut besday bulan Mei ni. : )



Thursday, 14 April 2011 2 comments

Kempen Derma Darah dan Hari Kesedaran Jenayah.


KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa. Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan. Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat. Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru. Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin. Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
 
Pada 13 April, 2011, PDRM dengan kerjasama Kuantan Specialist Hospital dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah mengadakan kempen derma darah sempena Hari Polis Ke 204 tahun di Kuantan Parade dan telah mendapat sambutan yang baik dari pengunjung dan juga dari warga PDRM sendiri. Pada hari yang sama juga Hari Pencegahan Jenayah juga telah diadakan dengan kerjasama dari pihak DiC (Drug Intervention Centre) yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya aktiviti dadah dan juga memberi info terkini berkait kegiatan jenayah. Kempen ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Pahang.


Wednesday, 13 April 2011 0 comments

GLORY GLORY MAN UNITED!!!!!


YEAAHHH...!!!!! When a follower becomes arrogant, the BOSS need to make sure they never forget who's the BOSS... itulah yang terjadi malam semalam di Champions League perlawanan di antara Manchester United vs Chelsea a.k.a one-season-team... Sebuah hukuman kepada chelsea yang kelihatan semakin rapuh dan hanyut dengan kejuaraan semusim tahun lepas. MU yang beraksi di Old Trafford menyambut baik kedatangan The Blues dengan kelebihan satu gol pada perlawanan lepas di Stamford Bridges. Javier Hernandez menyambung kegemilangan Wayne Rooney dengan menyumbat gol juga diikuti oleh gol yang begitu cemerlang oleh Park Ji-Sung. Chelsea yang cuba bangkit dengan bertubi-tubi serangan berjaya mendapatkan satu gol sebagai hadiah kekalahan mereka untuk dibawa pulang untuk kenang-kenangan Champions League. Tahniah kepada Chelsea diatas kejayaan gol tersebut.

Akhir kata, GLORY GLORY MAN UNITED... SEMOGA KEJUARAAN BPL KE 19 BAKAL DISAMBUT BERGANDA DAN MENGULANGI KECEMERLANGAN TAHUN 1999 YANG LALU....
Tuesday, 12 April 2011 0 comments

Futsal: Log 9 vs Pekan Selection Junior

Perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam telah berakhir dengan kemenangan oleh   Pekan Selection Junior dengan keputusan tidak rasmi 11 - 6 ke atas Log 9  (keputusan mungkin berlainan). Permainan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun akibat kekurangan pemain yang mulai keletihan akibat asakan menyebabkan Log 9 tewas.

Ayoi yang juga merupakan pemain Log 9 bermain bersama anak buahnya yang dibawa khas dari Pekan, Pahang.
Pekan Selection Junior.

Shuk menyerang balas dibantu Napi.
Benteng pertahan dirobek.



Monday, 11 April 2011 0 comments

Futsal: Log 9 vs Perj 6



Perlawanan persahabatn futsal di antara Log 9 dan Perj 6 yang berlangsung di Padang Futsal Kg. Tiram, Kuantan. Malangnya tiada kiraan jaringan secara rasmi. Log 9 yang beraksi dengan jersi hitam adalah merupakan pasukan yang baru ditubuhkan secara rasmi beberapa bulan lepas yang mana ahli pasukann ya adalah dari Jabatan Logistik, IPK Pahang.


Perj 6 mengasak benteng Log 9.
 
Serangan balas ke atas Perj 6.

 Ajax pose tayang body sambil menayangkan kasut Adidas Sala terbaru beliau...
 Kapten Perj 6 tersadai kat luar akibat asakan Log 9. (hahahahahah)
0 comments

Shine Through Me (poem)

Haven't you stared into my eyes countless of times?
Tell me what you see in their emptiness,
Like transparent layers of thick glass frozen in ice,
Reflecting all of my pain and loneliness,
Now do you see the darkness within me?
Now will you stop pretending to be a memory?
I'm lost in your words again, maybe for an eternity,
Dear God, I don't want to take it with me...

It's not enough, this comfort you're giving,

Deep inside me something is missing,
I can hear not a beat, I can feel my soul fly away,
To seek joy and love in another day,
This is a disease and it is taking me by the hand,
Leading me to nowhere, striking me where I stand,
I can feel my mind leaking out thoughts of you,
And knowing that you were never true....

It kills me again and again,

Now I wait for you to understand,
I need you to shine through me,
Like a flame of reality,
Run through me and leave me be,
The monster in me, you can't see,
Shine through my blackest hours,
Be my guide, my strongest towers,
Lie inside me forever,
Please become my tear,
Save me from my fear,
For I love you, dear...
by Mimi Aranel Fakhira on Tuesday, 09 February 2010 at 23:07

Ini adalah karya dari anak saudara aku, one of my fav and she's really good in poetry. Mimi atau nama penanya Mimi Fakhira adalah merupakan anak kepada abang sulong aku telah banyak mengubah dan mengongsikan karyanya di web www.poemhunter.com. Bagi yang berminat dengan puisi boleh membaca karya beliau di:
http://www.poemhunter.com/mimi-fakhira/
*post ini sekadar sokongan kepada karya mimi.

Fren's Blog

 
;