Sunday, 27 November 2011 0 comments

Skuad Harimau Muda...

Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia a.k.a Harimau Muda.

Sebentar tadi baru aje tamat game Malaysia vs Bahrain dengan result yang menyedihkan dimana Malaysia ditewaskan dengan gol dalam masa 6 minit ketika sedang mendahului 2-0. Namun inilah bolasepak sekali alpa pasti kita terkena.
Masih berlegar di ingatan ketika Malaysia bermain di Sukan Sea, setiap perlawanan adalah merupakan penantian kerana kumpulan A adalah merupakan kumpulan 'maut' kerana pasukan yang berada di dalam kumpulan tersebut boleh dikatakan diantara pasukan terkuat di asia. Namun yang paling diingati adalah ketika menentang Indonesia. Ketika maruah negara dipermainkan oleh bangsa Indonesia, pasukan harimau muda telah menewaskan Indonesia dengan penuh semangat walau penuh dengan provokasi. Semoga pasukan negara akan terus maju ke hadapan. (Nazmi jersi no. 12 pemain yang masih boleh melangkah lagi jauh).
"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." -
Ong Kim Swee.
* Anakku Danial, jika dia menangis sebelum dan ketika permainan, tanda team aku kalah.  Dah 3 kali terjadi ahahhaha.
Thursday, 10 November 2011 0 comments

Rayhan kena cucuk...


Hari ni saya bawa anak saya ni pergi cucuk untuk umur 2 bulan, nasib tak demam agi setakat ini, risau takut demam, berat baby ni dah naik 1.3kg berbanding masa dia umur 1 bulan sebelum ni. Sekarang sudah naik 5.9kg, patut la lenguh semacam tangan ni pegang dia. sayang anak daddy.
Monday, 12 September 2011 0 comments

Muhammad Danial Rayhan...

It's been awhile since saya update blog ni. Diperkenalkan anak ke 2 saya yang baru lahir pada 06 September, 2011 lalu. Keadaan kelahiran hampir sama dengan kakak dia dulu, waktu checkup dengan doktor terus diarah pergi ke hospital beza cuma kakak terus lahir, adik keesokkan harinya. Alhamdulillah.
Monday, 6 June 2011 0 comments

Memory Remains...


02 June 2011 telah berlalu, bermakna 6 tahun telah berlalu sejak pemergian ayahanda aku. Seperti baru lagi aku melihat ayah aku terbaring di dalam bilik kerana tidak sihat. Aku redha, namun kadangkala kerinduan tetap ada. Kalaulah dia masih ada dapatlah dia bermain dengan anak kesayangan aku, pasti lucu melihat ayahanda aku melayan perangai anak aku yang yang tidak putus-putus dengan perangainya. Masih teringat kenangan paling lucu bersama arawah ketika aku masih di tingkatan 2 dulu ketika dia dayang menjemput aku pulang dari sekolah dengan motorsikalnya yang kini sudah menjadi lagenda iaitu Honda C70, ketika itu aku melompat naik ke atas motorsikal dan duduk dengan diam. Arwah dengan tabiatnya yang tidak menukar 'gear' dua ke satu cuba naik ke atas jalan yang ketika itu tinggi sikit dari bahu jalan, aku pun turun kerana melihat keadaan yang payah itu lalu menolak motorsikal lalu ayah aku berjaya dan tidak disangka terus dia meluru pergi meninggalkan aku yang memanggil-manggil dari belakang. Namun arwah barangkali tidak mendengar aku. Aku kemudiannya duduk menunggu dengan harapan dia kembali setelah menyedari aku tiada dibelakangnya. Setelah hampir 15 minit berlalu, aku pun menlefon rumah memberitahu ibuku akan perkara itu. Terkejut ibu aku mendengarnya. Aku kemudiannya membeli air soya tauhu dari brader yang menjual di hadapan sekolah aku sambil menunggu ayah aku. Sejam berlalu barulah ayah aku datang semula sambil tergelak, rupa-rupanya ayah aku sudah sampai ke rumah kerana menyangkakan aku ada di belakangnya kerana sepanjang perjalanan pulang dia berbual dengan aku. Kenangan ini memang membuat aku dan ibu aku tergelak jika mengenangnya kembali. Namun kengan hanya tinggal kenangan, satu doaku kepada Allah, mohon diberi perlindungan dan rahmat kepada arwah dengan menempatkannya dikalangan orang beriman. Amin.
Friday, 20 May 2011 0 comments

Happy Birthday And Happy Anniversary...!!!


Masa... Pantas sungguh pergerakan masa. 19 Mei, 2011 adalah merupakan hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4 tahun. Bayangkan 4 tahun sudah berlalu tanpa disedari dan 15 Mei pula merupakan hari ulang tahun kelahiran yang ke 3 tahun princess kesayangan aku. Kedua-dua kejadian di atas seolah baru sahaj berlaku di mana aku menjadi seorang suami  dan seorang bapa. Satu lagi tarikh yang aku nanti iaitu 2 Jun, tarikh di mana Ayahanda aku meninggalkan kami semua. Tahun ini genap 6 tahun pemergiannya, aku doakan semoga roh ayahku ditempatkan dikalangan orang beriman yang dilindungi Allah. Amin.
Sunday, 15 May 2011 0 comments

THE 19TH CHAMPION ENGLISH PREMIER LEAGUE!!!!



Hahaha  aku rasa disinilah patut aku kata, "aku kate doh kan, tahun ni MU juare lagi", hahahah congratulation to Manchester United di atas kegemilangan yang ke 19 kali. Memang benar tahun ni liga makin lama makin kuat lawannya tapi MU tetap membuktikan mereka masih ;The Boss'. Cuma ada berita sepanjang tahun yang kurang enak didengar iaitu kemungkinan The Manager, Sir Alex Ferguson mungkin akan bersara tetapi masih belum disahkan, disamping MU bakal kehilangan penjaga gol yang berkaliber Edwin Van De Sar. Namun begitu, MU tetap akan menjadi team terhebat bagi aku walaupun impian untuk mengecapi gelaran sekaligus mengimbau kehebatan di tahun 1999 telah putuh ditengah jalan namun harapan untuk mengengam satu lagi kejuaraan iaitu Champion League di mana MU bakap berhadapan sebuah pasukan yang amat hebat, Barcelona. Apa-apa pun, semoga berjaya, The Champs!!!


Monday, 9 May 2011 0 comments

Aku Bermimpi...


Dah banyak kali jugak aku bermimpi. Pelik sekali. Lebih kepada yang mengusik jiwa pasa bermimpi HANTU!!! mainan syaitan semuanya ni tetapi kadangkala ianya seolah realiti kerana aku dapat melihat keadaan sekeliling rumah atau bilik aku. pernah sekali aku bermimpi ketika aku tidur hampir dengan tingkap, aku bermimpi seolah ada sesuatu dan dengan jelas kelihatan tangan seolah mahu menarik aku dari luar tingkap, ianya berulang dua kali ketika aku tidur keadaan yang sama  tetapi berbeza lokasi, bezanya kali ke-2 aku bermimpi siap dengan hilaian tawa.
Yang terbaru adalah malam semalam, aku tidak dapat tidur, bila aku berjaya terlelap aku bermimpi seolah realiti dalam bilik aku bermacam perkara mengarut, aku terlalu takut dalam mimpi lalu memanggil isteriku dengan kuat, namun sia-sia... ianya seolah mimpi dalam mimpi kerana aku terjaga dari mimpi dan memasuki mimpi yang lain berulang banyak kali sehingga aku benar-benar terjaga.
Sememangnya godaan syaitan memang bermacam-macam untuk menjatuhkan iman kita. Rahsia disebalik mimpi, apakah ada tafsiran atau ianya hanya  imej hasil dari kehidupan kita seharian. Hanya Allah yang tau.
Wednesday, 4 May 2011 0 comments

Bleed...


Let me bleed,
Rather than looking into your eyes,
A broken piece of mirror,
Reflecting me in a whole new light,
Let it be my guide...

Bleeding for you,
For an eternity of haunted dreams,
Where my tears have died, buried in my heart,
And your face wavering in my mind,
Oh, the victims of unending miseries...

Pour the drops of my blood, into your cup of life,
A blooming scarlet rose frozen in time,
A painted picture of nightmares,
Never let it wither away,
Never let it darken your day...

I bleed till the sky turns red, a sign of intended death,
Whisper to me the beautiful words of prayer,
And your tearful goodbyes,
As my blood wash the dry sands of this blessed battlefield,
My promise lives on forever,
We fight and die together...








Taken From Poemhunter.com

Create Date: Monday, November 30, 2009






by: Mimi Fakhira
Sunday, 1 May 2011 0 comments

Open Your Eyes...!!!


 1.25 a.m... and I'm still awake... it was so quiet and calm night except that 'musang' playing 'cops and thief' up on the roof...  also this stupid mosquito speeding around my ears just like 'Mat Rempit' racing on the highway... but still my eyes widely open without a reason, i just can't sleep yet..

Lately, aku mula berminat dengan photo manipulation, dan ini adalah percubaan aku yang ntah ke berapa kali. Hasil yang aku dapat ni aku namakan 'OPEN YOUR EYES'. Buka mata untuk aper? banyak yang perlu kita buka mata, supaya terang hati, akal dapat berfikir dengan logik dan baik. Banyak perkara yang berlaku tapi kita selalu tutup mata kerana bagi sesetengah dari kita berkata...

"Apa lu kesah, kubur lain-lain", kata seseorang.

Aku doakan pada Allah agar aku terus dapat hidayah daripadaNya agar dibukakan mataku ke jalanNya dan juga kepada segala perkara yang baik. Amin.
Saturday, 23 April 2011 0 comments

Bukit Pelindung, Kuantan.



Setiap hari jumaat, Dato' KP Pahang memberi kelonggaran kepada Pegawai, Anggota dan Kakitangan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang umtuk acara riadah. Diantara acara yang diadalan ialah larian sejauh 2.4km dengan mencatat masa dan juga mendaki Bukit Pelindung.

Jam menunjukkan 3 petang, aku yang turut serta mengikut jurulatih untuk memanaskan badan. 15 minit kemudian aku dan peserta mula mendaki jalan untuk naik ke atas bukit. Ini adalah kali pertama aku mendaki Bukit Pelindung yang jalannya amat curam. Kalau 6 atau 7 tahun lepas aku selalu mendaki Bukit Besar di Terengganu tapi kali ni, stamina dah kurang... letih sehh...


nasib bawak henset leh gak amik gambar he3
Geng-geng yang asyik berlumba sesama sendiri.
Kena tinggal.
Graffitti?

Di sebalik bukit, Pantai Teluk Cempedak.
 
 Aku mengambil masa kurang dari 45 minit dan di antara yang terawal berjaya turun dari bukit yang mana berakhir di Pantai Teluk Cempedak yang kemudiannya meneruskan larian sejauh 3 km ke tempat berkumpul kerana pengangkutan yang sepatutnya disediakan lambat sampai. Hadiah kerana berjaya melakukannya adalah rasa letih giler tetapi sihat yeahhhh....
Wednesday, 20 April 2011 2 comments

Awan Dania.


Awan Dania, tapi bukan drama tv yang ditayangkan di ASTRO setiap malam isnin tu, tapi awan dania atau Nur Dania Raihanna yakni anak sulung aku yang begitu mudah berubah dari cerah ke mendung lalu hujan. Hati dan perasaan Dana yang mudah tersinggung akhir-akhir ni memeningkan kepala aku dan isteri kerana pantang ditegur atau apa-apa perbuatan pasti anakanda merajuk. Mungkin betul cakap orang, budak-budak boleh merasa kedatangan adik barunya yang bakal lahir pada september ini. Insyaallah, semoga anak-anakku ini selamat di dunia dan akhirat kelak dengan rahmat-Nya.

note: budak ini bakal sambut besday bulan Mei ni. : )



Thursday, 14 April 2011 2 comments

Kempen Derma Darah dan Hari Kesedaran Jenayah.


KEMPEN derma darah kini menjadi perkara lumrah yang dijalankan hampir setiap hari sama ada di hospital, dewan orang ramai mahupun pusat beli-belah. Namun, masih ramai memandang kempen ini sebelah mata, walaupun mengetahui seunit darah yang diderma dapat menyelamatkan satu nyawa. Menderma darah adalah perbuatan mulia dan menjadi sedekah yang tidak ternilai harganya. Sebenarnya sel darah merah dalam badan kita hanya bertahan antara 115 hingga 120 hari. Selepas tempoh ini, ia musnah dan digantikan dengan sel baru. Jika didermakan, darah ini disimpan dalam peti dingin beku selama 42 hari. Jangan bimbang, darah yang didermakan itu pasti dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana sebelum tempoh ini berakhir, ia akan diberi kepada golongan memerlukan. Malah, pendermaan darah juga sebenarnya merangsang badan untuk menghasilkan lebih banyak sel darah baru yang mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen ke seluruh badan, membuatkan kita berasa lebih segar dan sihat. Pada masa sama, kecekapan badan untuk menggunakan zat besi akan meningkat kerana ia diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah yang baru. Secara tidak langsung, ia dapat membantu badan mengelak mengalami masalah pengumpulan zat besi berlebihan yang boleh merosakkan jantung, hati dan kelenjar endokrin. Kesannya, penderma akan berasa lebih sihat dan segar. Rata-rata penderma mengakui mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain, tanpa mengira batasan umur, kaum dan agama.
 
Pada 13 April, 2011, PDRM dengan kerjasama Kuantan Specialist Hospital dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah mengadakan kempen derma darah sempena Hari Polis Ke 204 tahun di Kuantan Parade dan telah mendapat sambutan yang baik dari pengunjung dan juga dari warga PDRM sendiri. Pada hari yang sama juga Hari Pencegahan Jenayah juga telah diadakan dengan kerjasama dari pihak DiC (Drug Intervention Centre) yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya aktiviti dadah dan juga memberi info terkini berkait kegiatan jenayah. Kempen ini dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Pahang.


Wednesday, 13 April 2011 0 comments

GLORY GLORY MAN UNITED!!!!!


YEAAHHH...!!!!! When a follower becomes arrogant, the BOSS need to make sure they never forget who's the BOSS... itulah yang terjadi malam semalam di Champions League perlawanan di antara Manchester United vs Chelsea a.k.a one-season-team... Sebuah hukuman kepada chelsea yang kelihatan semakin rapuh dan hanyut dengan kejuaraan semusim tahun lepas. MU yang beraksi di Old Trafford menyambut baik kedatangan The Blues dengan kelebihan satu gol pada perlawanan lepas di Stamford Bridges. Javier Hernandez menyambung kegemilangan Wayne Rooney dengan menyumbat gol juga diikuti oleh gol yang begitu cemerlang oleh Park Ji-Sung. Chelsea yang cuba bangkit dengan bertubi-tubi serangan berjaya mendapatkan satu gol sebagai hadiah kekalahan mereka untuk dibawa pulang untuk kenang-kenangan Champions League. Tahniah kepada Chelsea diatas kejayaan gol tersebut.

Akhir kata, GLORY GLORY MAN UNITED... SEMOGA KEJUARAAN BPL KE 19 BAKAL DISAMBUT BERGANDA DAN MENGULANGI KECEMERLANGAN TAHUN 1999 YANG LALU....
Tuesday, 12 April 2011 0 comments

Futsal: Log 9 vs Pekan Selection Junior

Perlawanan persahabatan yang berlangsung semalam telah berakhir dengan kemenangan oleh   Pekan Selection Junior dengan keputusan tidak rasmi 11 - 6 ke atas Log 9  (keputusan mungkin berlainan). Permainan bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun akibat kekurangan pemain yang mulai keletihan akibat asakan menyebabkan Log 9 tewas.

Ayoi yang juga merupakan pemain Log 9 bermain bersama anak buahnya yang dibawa khas dari Pekan, Pahang.
Pekan Selection Junior.

Shuk menyerang balas dibantu Napi.
Benteng pertahan dirobek.



Monday, 11 April 2011 0 comments

Futsal: Log 9 vs Perj 6



Perlawanan persahabatn futsal di antara Log 9 dan Perj 6 yang berlangsung di Padang Futsal Kg. Tiram, Kuantan. Malangnya tiada kiraan jaringan secara rasmi. Log 9 yang beraksi dengan jersi hitam adalah merupakan pasukan yang baru ditubuhkan secara rasmi beberapa bulan lepas yang mana ahli pasukann ya adalah dari Jabatan Logistik, IPK Pahang.


Perj 6 mengasak benteng Log 9.
 
Serangan balas ke atas Perj 6.

 Ajax pose tayang body sambil menayangkan kasut Adidas Sala terbaru beliau...
 Kapten Perj 6 tersadai kat luar akibat asakan Log 9. (hahahahahah)
0 comments

Shine Through Me (poem)

Haven't you stared into my eyes countless of times?
Tell me what you see in their emptiness,
Like transparent layers of thick glass frozen in ice,
Reflecting all of my pain and loneliness,
Now do you see the darkness within me?
Now will you stop pretending to be a memory?
I'm lost in your words again, maybe for an eternity,
Dear God, I don't want to take it with me...

It's not enough, this comfort you're giving,

Deep inside me something is missing,
I can hear not a beat, I can feel my soul fly away,
To seek joy and love in another day,
This is a disease and it is taking me by the hand,
Leading me to nowhere, striking me where I stand,
I can feel my mind leaking out thoughts of you,
And knowing that you were never true....

It kills me again and again,

Now I wait for you to understand,
I need you to shine through me,
Like a flame of reality,
Run through me and leave me be,
The monster in me, you can't see,
Shine through my blackest hours,
Be my guide, my strongest towers,
Lie inside me forever,
Please become my tear,
Save me from my fear,
For I love you, dear...
by Mimi Aranel Fakhira on Tuesday, 09 February 2010 at 23:07

Ini adalah karya dari anak saudara aku, one of my fav and she's really good in poetry. Mimi atau nama penanya Mimi Fakhira adalah merupakan anak kepada abang sulong aku telah banyak mengubah dan mengongsikan karyanya di web www.poemhunter.com. Bagi yang berminat dengan puisi boleh membaca karya beliau di:
http://www.poemhunter.com/mimi-fakhira/
*post ini sekadar sokongan kepada karya mimi.
Wednesday, 30 March 2011 0 comments

KONVOI MOTORSIKAL IPK PAHANG

Konvoi bermotosikal bermula dari IPK Pahang ke Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Konvoi yang diketuai oleh Ketua Polis Pahang  dan disertai oleh Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan Anggota  ini berlepas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang tepat pada pukul 0830hrs pada 27 Mac, 2011.
Tuesday, 29 March 2011 0 comments

FUTSAL ANTARA LOG 9 vs YORK.


Perlawanan Futsal diantara LOG 9 IPK Pahang dengan York pada 28 Mac, 2011 di Kg. Tiram, Kuantan.

Fren's Blog

 
;